18425058 1960639344171812 1337019356349962773 n

 

3.NENAS

NENAS BARIO(Ananas comossus) merupakan sejenis varieti nenas yang unik ditanam di kawasan tanah tinggi Bario, Pendalaman Miri, Sarawak, Malaysia. Nenas ini kini banyak diperkatakan oleh ramai penduduk tempatan dan dari luar Negeri Sarawak serta antarabangsa sebagai sejenis nenas premium yang manis, wangi dan amat berkualiti. Penanaman nenas jenis ini telah dijalankan dikawasan tanah subur di perkampongan semenjak dahulu lagi. Nenas ini ditanam dikawasan lereng bukit disekeliling penempatan Bario.. Nenas Bario ini boleh dikomersilkan oleh pihak tertentu seperti peranan CERIA yang membangunkan beras bario organik.

Nenas Bario mungkin juga dari jenis nenas Sarawak atau di Sarawak dipanggil sebagai Nenas Paun yang popular dikawasan lain. Selain itu ia mungkin dari kumplan jenis Nenas Sarikei yang juga manis dan menjadi sebutan penduduk tempatan. Bagaimana pun saya fikir nenas bario menjalani mutasi setelah ditanam begitu lama dikawasan tanah tinggi yang sejuk dan subur. Pokok nenas ini sama saja dari segi marfologinya dengan nenas moris atau nenas paun dan ia lazimnya lambat untuk dituai kerana suhu agak sejuk. Kalau nenas moris perlukan 10 -12 bulan dituai tetapi nenas bario mengambil masa lebih dari 14-15 bulan untuk ia cukup matang atau lebih lama daripada itu. Jangka masa lama dituai dengan amalan agronomi yang baik dan dipetik masak membolehkan nenas bario amat manis sehingga mencecah kemanisan lebih 16 darjah Brix.

Ini adalah kerana faktur ketinggian, suhu, jenis tanah dan cara pengurusan.

Nenas bario ditanam dilereng bukit dimana kawasan ini hanya menggunakan bahan input organik sahaja (agak sukar untuk mendapatkan baja dan racun kini) kerana jauh dari sumber. Pohon nenas yang kelihat kurang subur ini sebenarnya boleh diberikan Sijil Organik Malaysia (SOM) kerana memang tiada bahan kimia digunakan. Ada laporan petani menyatakan walau pun pohon nenas agak kecil dan lambat berhasil namun buah yang dituai memang tidak mengecewakan. Ia sesuai dimakan oleh penduduk tempatan dan juga pelancong yang ramai untuk berkunjung dikawasan tanah tinggi. Nenas Bario memang varieti yang boleh diperluaskan penanamannya di kawasan ini dan dijadikan 'ikon' bagi di Sarawak agar ia memberikan pendapatan baik kepada penduduk tempatan.