Pembangkitan Rohani di Bario adalah salah satu pencurahan Roh Kudus terbesar atas sebuah masyarakat di sejarah negara kita.  Tetapi apa yang berlaku pada tahun 1973 hanyalah satu permulaan.  Walaupun gelombang-gelombang itu surut dan mengalir, akan ada tiga lagi pencurahan pada tahun 1975, 1979, dan 1984, masing-masing dengan teras berbeza.  Namun masing-masing berkongsi persamaan tertentu.

Pembangkitan Rohani di Bario amat sesuai diperingati terutamanya sekarang kerana ia amat genting di Gereja Malaysia.  Ini adalah salah satu pencurahan Roh Kudus terbesar di sejarah Malaysia di atas sebuah komuniti.

Pembangkitan rohani di Bario berhubungan rapat dengan pihak gereja Sidang Injil Borneo (SIB) yang sedang cepat bertumbuh.  Hari ini, SIB adalah denominasi protestan yang terbesar di negara ini.  Namun sedemikian, pembangkitan rohani ini mempunyai asal-usul di tempat yang tidak dijangka.  Pada tahun 1973, sebelum Pembangkitan Rohani di Bario, suku Kelabit di Bario hidup sederhana di kawasan terpencil, terpisah dari masyarakat.

Solomon Bulan menulis di dalam bukunya ‘Pembangkitan Rohani di Bario’ , seseorang hanya perlu memahami keadaan rohani dan keserdehanaan orang di situ serta kawasan terpencil di mana mereka berada untuk memahami keluhuran Tuhan di dalam pembangkitan rohani ini.  Pembangkitan tersebut memang bermukjizat.

Ia bermula dengan kebaktian biasa di antara ketua-ketua murid Inter-School Christian Fellowship (ISCF) dari Sekolah Menengah Kerajaan Bario pada bulan Oktober 1973.  Di kebaktian tersebut, di dalam suasana rohani yang tebal dan penuh jangkaan sesuatu akan berlaku, seorang budak lelaki yang dahulunya penakut dengan beraninya meluahkan perasaan hatinya dan memanjatkan doa pertaubatan.  Namun begitu, pergerakan Tuhan di hati mereka mula berkeluasan dari seluruh perhimpunan ke seluruh komuniti.

Artikel ini yang pertama daripada dua artikel mengenai Pembangkitan Rohani di Bario.  Kebanyakkannya adalah kesimpulan yang saya dapati dari buku yang ditulis oleh Solomon Bulan dan Lillian Bulan-Dorai.  Banyak lagi yang ditulis di dalam buku tersebut dan saya tidak meletakkannya di sini kerana tidak cukup ruang.  Saya mengalakkan para pembaca untuk mendapatkan buku tersebut.

Demi para pembaca yang tidak dapat memperolehi buku tersebut ataupun tidak mempunyai masa untuk membaca, artikel ini adalah mengenai latar belakang pembangkitan rohani tersebut (tempat yang berkaitan dan penduduk-penduduknya) dan permulaannya api pembangkitan.

Sumber : http://1.bp.blogspot.com/-xQ0d28qXy58/T0zbiIHpnHI/AAAAAAAAAOI/g23IH66uyaA/s640/IMG_0156.JPG

Sub-kategori