SELAMAT DATANG KE PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDI) BARIO

Pusat Ekonomi Digital  (PEDI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN PEDI :

>>   Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

>>   Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

>>   Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital  (PEDI).

>>   Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

>>   Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

PEDI Bario menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :

>>   Pengenalan asas komputer

>>   Asas internet

>>   Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)

>>   Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)

>>   Latihan Keusahawanan

 JUMLAH KEAHLIAN PEDI :

PEDI Bario telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2017. Ramai yang telah mendaftar diri di PEDI Bario bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sediakan. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah seperti berikut:

AHLI BARU 

22

KESELURUHAN SEHINGGA OGOS  2023

1329

 KENALI PETUGAS PEDI : 

Untuk menjadi petugas PEDI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas PEDI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami selaku pengurus dan penolong pengurus PEDI Bario.

 

PENGURUS 

Pengurus Ebenezer @ Agan Nyelong.jpg  

Nama : Ebenezer @ Agan Nyelong

Mula berkhidmat : 05 May 2017

PENOLONG PENGURUS

 Penolong Pengurus Jesica Bawing Freddie.png

Nama : Jesica Bawing Freddie

Mula berkhidmat : 15 May 2017