LATIHAN ICT, (KDB) KLIK DENGAN BIJAK, PENGGUNAAN INTERNET.

Nama

: Marcheline Valero Edwin

Umur

: 11 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Marcheline Valero Edwin adalah seorang pelajar tahun 5 di SK Bario. Dia yang berdarah Kelabit-Filipina adalah anak ketiga daripada 4 orang adik beradik dan dia berasal dari Kampung Pa’ Ukat Bario.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum kewujudan PEDi Bario, pengetahuan beliau terhadap komputer dan internet adalah terhad. Banyak kerja-kerja sekolah beliau terpaksa berusaha lebih untuk mendapat maklumat daripada buku teks dan mana-mana buku bacaan tambahan yang dia boleh perolehi daripada sekolah atau pun dipinjam daripada kawan-kawan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas menjadi ahli PEDi Bario, beliau tekun belajar menggunakan komputer dan telefon pintar untuk mengakses internet untuk memahami pelajaran sekolah dengan lebih baik menggunakan sumber enjin carian google, Wikipedia, kegemarannya YouTube, serta sumber-sumber lain. Beliau juga mempelajari penggunaan emel, Facebook, serta asas aplikasi-aplikasi Ms Word, Excel dan Power Point serta bagaimana untuk Klik Dengan Bijak. Antara perkara utama yang Marcheline buat di PEDi Bario juga adalah berhubung dengan saudara mara dan rakan-rakan di luar Bario. Melalui latihan-latihan yang diterima beliau dari PEDi Bario, beliau telah dapat menaip dengan lebih baik, berupaya menghasilkan kerja-kerja sekolah dengan lebih berkeyakinan.

Beliau dapat mempelajari banyak benda baru daripada penggunaan internet di PEDi Bario dan ini telah dapat membantu menjadikan beliau seorang pelajar yang lebih berpengetahuan.

LATIHAN ICT, (KDB) KLIK DENGAN BIJAK, PENGGUNAAN INTERNET.

Nama

: Josiah Tilong Juing

Umur

: 14 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Josiah Tilong Juing adalah pelajar tingkatan 2 di SMK Bario. Dia adalah pelajar harian kerana rumahnya terletak dekat dengan kawasan sekolah. Dia tiada masalah untuk berulang-alik ke sekolah dengan menunggang basikal.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum kewujudan PEDi Bario, pengetahuan beliau terhadap komputer dan internet amatlah terhad. Banyak kerja-kerja sekolah beliau terpaksa berusaha lebih untuk mendapat maklumat daripada buku teks dan mana-mana buku bacaan tambahan yang dia boleh perolehi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas menjadi ahli PEDi Bario, beliau tekun belajar menggunakan komputer dan telefon pintar untuk mengakses internet untuk memahami pelajaran sekolah dengan lebih baik menggunakan sumber enjin carian google, Wikipedia, kegemarannya YouTube, serta sumber-sumber lain. Beliau juga mempelajari penggunan emel, Facebook, serta asas aplikasi-aplikasi Ms Word, Excel dan Power Point serta bagaimana untuk Klik Dengan Bijak. Antara perkara utama yang Josiah buat di PEDi Bario juga adalah berhubung dengan saudara mara dan rakan-rakan di luar Bario. Melalui latihan-latihan yang diterima beliau dari Pusat Internet Bario, beliau telah dapat menaip dengan lebih baik, berupaya menghasilkan kerja-kerja sekolah dengan lebih berkeyakinan.

Beliau sering mengambil bahagian dalam acara yang PEDi Bario lakukan dan baru-baru ini mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan membuat video sempena hari kemerdekaan negara. Pembuatan video merupakan satu bidang baru yang beliau belum pernah terokai sebelum ini.

LATIHAN ICT, (KDB) KLIK DENGAN BIJAK, PENGGUNAAN INTERNET.

Nama

: Eric Bryan Affende

Umur

: 12 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Eric Bryan Affende merupakan seorang pelajar tingkatan 1 di SMK Bario. Beliau mempunyai seorang kakak dan mereka hidup bersama ibu bapa mereka yang kedua-dua merupakan petani. Di masa lapangnya, Eric gemar menunggang basikal di sekitar kawasan Bario termasuklah berkunjung ke PI Bario khasnya pada hujung minggu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum kewujudan PEDi Bario, pengetahuan beliau terhadap komputer dan internet amatlah terhad. Banyak kerja-kerja sekolah beliau terpaksa berusaha lebih untuk mendapat maklumat daripada buku teks dan buku-buku bacaan tambahan yang dia boleh perolehi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas menjadi ahli PEDi Bario, beliau tekun belajar menggunakan komputer dan telefon pintar untuk mengakses internet untuk memahami pelajaran sekolah dengan lebih baik menggunakan sumber enjin carian google, Wikipedia, kegemarannya YouTube, serta sumber-sumber lain daripada cadangan google. Beliau juga mempelajari penggunan emel, Facebook, serta aplikasi-aplikasi Ms Word, Excel dan Power Point serta bagaimana untuk Klik Dengan Bijak. Antara perkara utama yang Eric buat di PEDi Bario juga adalah berhubung dengan saudara mara dan rakan-rakan di luar Bario. Melalui latihan-latihan yang diterima beliau dari PEDi Bario, beliau telah dapat menaip dengan lebih baik, berupaya menghasilkan kerja-kerja sekolah dengan lebih berkeyakinan.

LATIHAN ICT, (KDB) KLIK DENGAN BIJAK, PENGGUNAAN INTERNET.

Nama

: Daniel Lian Richard

Umur

: 12 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Daniel Lian Richard merupakan seorang pelajar SK Bario. Dia adalah anak ketiga daripada tiga orang adik-beradik. Dia seorang pelajar yang baik dan rajin dalam mengkaji pelajarannya. Oleh kerana kampungnya terletak jauh daripada sekolah, ibu bapanya menghantarnya untuk tinggal di asrama sekolah di mana dia dijaga dan diberi perhatian oleh pihak sekolah dengan baik sekali.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum kewujudan PEDi Bario, pengetahuan beliau terhadap komputer dan internet amatlah terhad. Banyak kerja-kerja sekolah beliau terpaksa berusaha lebih untuk mendapat maklumat daripada buku teks dan mana-mana buku bacaan tambahan yang dia boleh perolehi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas menjadi ahli PEDi Bario, beliau tekun belajar menggunakan komputer dan telefon pintar untuk mengakses internet untuk memahami pelajaran sekolah dengan lebih baik menggunakan sumber enjin carian google, Wikipedia, kegemarannya YouTube, serta sumber-sumber lain daripada cadangan google. Beliau juga mempelajari penggunan emel, Facebook, serta asas aplikasi-aplikasi Ms Word, Excel dan Power Point serta bagaimana untuk Klik Dengan Bijak. Antara perkara utama yang Daniel buat di PI Bario juga adalah berhubung dengan saudara mara dan rakan-rakan di luar Bario. Melalui latihan-latihan yang diterima beliau dari PEDi Bario, beliau telah dapat menaip dengan lebih baik, berupaya menghasilkan kerja-kerja sekolah dengan lebih berkeyakinan.

LATIHAN ICT, (KDB) KLIK DENGAN BIJAK, PENGGUNAAN INTERNET, APLIKASI MEDIA SOSIAL

Nama

: Natasha Supang Jugah

Umur

: 12 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Natasha Supang Jugah adalah seorang pelajar tahun 6 di SK Bario. Dia bercita-cita menjadi seorang guru pada satu masa nanti. Untuk mencapai cita-cita tersebut Natasha perlu berusaha gigih menimba ilmu selagi masih berada di bangku sekolah. Ini termasuklah mempelajari ilmu ICT sebagai satu bidang ilmu tambahan kepada subjek-subjek yang dia pelajari di sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum beliau mengenali PEDi Bario, pengetahuannya mengenai internet dan komputer adalah terhad dan ini telah menyukarkan dia untuk melakukan kerja-kerja sekolahnya terutamanya dalam melakukan kerja-kerja kursus yang telah diberikan oleh guru. Dia hanya bergantung kepada buku rujukannya sendiri dan ini adalah agak terhad apabila dia berhadapan dengan pelajaran yang dia sukar fahami.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas melibatkan diri dengan PEDi Bario, dia lebih mengenali dunia komputer dan cara-cara penggunaan internet. Lebih-lebih lagi dia turut diberikan taklimat cara-cara penggunaan internet yang betul menerusi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB). Kini beliau sudah mengetahui cara-cara untuk mencari maklumat untuk menyelesaikan permasalahan pelajarannya di internet. Beliau juga dapat menyediakan kerja-kerja sekolah dengan lebih komprehensif lagi dengan maklumat-maklumat yang beliau perolehi dari sumber internet di PEDi Bario. Internet juga membolehkan beliau berkomunikasi dengan sepupunya dan rakan-rakan di bandar.