18425058 1960639344171812 1337019356349962773 n

 

3.NENAS

NENAS BARIO(Ananas comossus) merupakan sejenis varieti nenas yang unik ditanam di kawasan tanah tinggi Bario, Pendalaman Miri, Sarawak, Malaysia. Nenas ini kini banyak diperkatakan oleh ramai penduduk tempatan dan dari luar Negeri Sarawak serta antarabangsa sebagai sejenis nenas premium yang manis, wangi dan amat berkualiti. Penanaman nenas jenis ini telah dijalankan dikawasan tanah subur di perkampongan semenjak dahulu lagi. Nenas ini ditanam dikawasan lereng bukit disekeliling penempatan Bario.. Nenas Bario ini boleh dikomersilkan oleh pihak tertentu seperti peranan CERIA yang membangunkan beras bario organik.

Nenas Bario mungkin juga dari jenis nenas Sarawak atau di Sarawak dipanggil sebagai Nenas Paun yang popular dikawasan lain. Selain itu ia mungkin dari kumplan jenis Nenas Sarikei yang juga manis dan menjadi sebutan penduduk tempatan. Bagaimana pun saya fikir nenas bario menjalani mutasi setelah ditanam begitu lama dikawasan tanah tinggi yang sejuk dan subur. Pokok nenas ini sama saja dari segi marfologinya dengan nenas moris atau nenas paun dan ia lazimnya lambat untuk dituai kerana suhu agak sejuk. Kalau nenas moris perlukan 10 -12 bulan dituai tetapi nenas bario mengambil masa lebih dari 14-15 bulan untuk ia cukup matang atau lebih lama daripada itu. Jangka masa lama dituai dengan amalan agronomi yang baik dan dipetik masak membolehkan nenas bario amat manis sehingga mencecah kemanisan lebih 16 darjah Brix.

Ini adalah kerana faktur ketinggian, suhu, jenis tanah dan cara pengurusan.

Nenas bario ditanam dilereng bukit dimana kawasan ini hanya menggunakan bahan input organik sahaja (agak sukar untuk mendapatkan baja dan racun kini) kerana jauh dari sumber. Pohon nenas yang kelihat kurang subur ini sebenarnya boleh diberikan Sijil Organik Malaysia (SOM) kerana memang tiada bahan kimia digunakan. Ada laporan petani menyatakan walau pun pohon nenas agak kecil dan lambat berhasil namun buah yang dituai memang tidak mengecewakan. Ia sesuai dimakan oleh penduduk tempatan dan juga pelancong yang ramai untuk berkunjung dikawasan tanah tinggi. Nenas Bario memang varieti yang boleh diperluaskan penanamannya di kawasan ini dan dijadikan 'ikon' bagi di Sarawak agar ia memberikan pendapatan baik kepada penduduk tempatan.

4536357348 b9402a1319

 

2.GARAM SEMULAJADI   

Mungkin ini kali pertama anda mengetahui  tentang adanya Garam Bario atau lebih dikenali dengan nama garam bukit Bario. Ia dibuat secara tradisional oleh kaum Kelabit. Seperti garam bukit yang ada di pasaran, garam Bario juga kaya dengan kandungan mineral yang baik untuk kesihatan seperti zat besi, iodin, kalium & magnesium.  Selain berfungsi sebagai penambah rasa masin makanan, garam Bario berkhasiat dalam membantu melancarkan peredaran darah, menyeimbang cas dalam badan serta boleh jiga digunakan sebagai membunuh kuman dalam udara.

Untuk mendapatkan garam Bario bukanlah sesuatu yang agak mudah kerana untuk menuju ke lokasi(telaga air masin) perlu meredah kawasan hutan berbukit yang sedikit berlumpur. Lokasi terkenal penghasilan garam bukit di Bario terletak di kampung Pa'umur. Proses membuatnya pun agak sukar kerana kebiasaannya mereka akan melakukan aktiviti ini bersama keluarga disebabkan proses untuk membuat garam sekurang-kurangnya 2 minggu kerana ia dilakukan secara tradisional. Selepas 2 minggu kemudian, setelah selesai proses membuat garam, tempat mereka akan diambil alih secara giliran oleh keluarga lain untuk proses yang sama.

Proses membuat garam bukit dimulakan dengan memasak air garam dalam kawah yang diambil dari sumber mata air masin dan dibakar menggunakan kayu api. Proses pembakaran ini mengambil masa agak lama sehingga membentuk kristal halus atau garam halus. Sebaik sahaja rupa garam kelihatan, ia akan dikacau untuk mengekalkan kualiti. Garam yang telah tersejat akan dibiarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam buluh yg telah ditebuk lubang kecil supaya air yang berlebihan keluar.

Sekali lagi buluh yang telah diisi dengan garam tadi dibakar di atas bara supaya garam menjadi keras. Proses ini dilakukan sehingga buluh terbakar dan garam tersebut akan menjadi ketulan setelah terkeluar dari buluh yang telah hangus. Seterusnya bahagian luar garam ini akan dikikis menggunakan pisau untuk menghilangkan kesan hitam terbakar.  Ketulan garam akan dibungkus menggunakan sejenis daun yang dikenali daun "Ilat" kemudian diikat menggunakan tali rotan.

Untuk proses membungkus, ketulan garam akan dibalut dengan sejenis daun dikenali sebagai 'Daun Ilat' dan diikat kemas menggunakan tali rotan. Harga sebatang garam bukit akan dijual dengan harga Rm10 sehingga ke RM15. Namun kos akan meningkat sehingga ke RM25 ke RM30 jika dibeli di kawasan bandar. Selain dari bentuk batang, garam Bario juga ada dijual dalam bentuk bungkusan plastik dan botol.                         

14705811 1632202553744532 7677752062727576453 n

 

 

 

1.LANGKAH-LANGKAH CARA MENANAM PADI

Tanaman padi merupakan asal dari beras. Beras merupakan keperluan utama masyarakat Bario untuk mencukupi keperluan karbohidrat. Begitu bergantungnya masyarakat akan keperluan beras atau nasi, menyebabkan beras atau nasi menjadi keperluan utama dan wajib untuk dipenuhi. Kecukupan dan keberhasilan budidaya tanaman padi menjadi penentu untuk mencukupi keperluan.

Tanpa tanaman padi maka manusia tidak dapat makan nasi lagi. Sehingga, budaya penanaman tanaman padi harus terus dikembangkan oleh petani padi di Bario. Inilah Cara menanam padi yang baik dan menguntungkan, Selain nilai keperluannya, tanaman padi juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi. Seperti sudah diketahui oleh masyarakat, nilai jual beras sangatlah tinggi dan pasti laku tidak mungkin tidak laku. Oleh karena itu, diharapkan semakin bertambah para petani yang mengembangkan budaya tanaman padi ini.

  1. Cara Menanam Padi

Untuk mendapatkan tanaman padi yang berkualiti,diperlukan cara tanam padi dan proses penanaman yang baik dan benar, persiapan apa yang perlu di perhatikan dalam budaya penanaman tanaman padi. Berikut merupakan beberapa langkah dalam cara menanam padi yang harus diperhatikan agar ada penghasilan yang baik di musim menuai:

  1. Persiapan tempat tanam

Media tanam untuk menanam padi haruslah disiapkan minimum dua minggu sebelum penanaman. Persiapan dilakukan dengan memupuk tanah sebagai tempat tanam. Tanah harus dipastikan bebas dari rumpai dan rumput liar. Jangan sampai pertumbuhan tanaman padi terganggu karena harus berbagi nutrisi dan air dengan rumput-rumput liar. Jika sudah bebas dari tanaman liar, basahi tanah dengan air lalu lakukan pembajakan. Pembajakan dilakukan untuk mempersiapkan tanah dalam keadaan lembut dan longgar serta sesuai untuk penanaman. Di zaman modern ini pembajakan tidak lagi dilakukan dengan mencangkul tetapi dengan menggunakan sapi ataupun traktor. Setelah melalui pembajakan, kembali penuhkan tempat tanam dengan air. Air diberikan dalam jumlah banyak untuk menutupi seluruh tanah dengan ketinggian hingga 10 cm. Biarkan air pada tapak tanam terus berkumpul. Air yang terkumpul selama dua minggu akan menyebabkan tempat tanaman padi menjadi kental dan racun pun dapat hilang kerana dineutralkan

  1. Pemilihan benih

Benih pada tanaman padi harus melalui pengujian terlebih dahulu untuk menentukan kualitinya. Pengujian dilakukan dengan merendam sekitar 100 butir benih padi dalam air. Setelah dua jam periksalah benih tersebut. Cara menanam benih padi yaitu dengan Pemeriksaan benih dilakukan dengan mengenal pasti perubahan pada benih. Jika terdapat lebih dari 90 butir benih atau lebih dari 90% benih mengeluarkan akar, maka artinya benih tersebut berkualiti dan bermutu tinggi. Tentu benih yang berkualiti dan bermutu tinggi inilah yang layak untuk ditanam. Sedangkan jika benih tidak menunjukkan tanda seperti yang disebutkan diatas, artinya benih tersebut tidak disarankan untuk ditanam. Setelah menentukan biji benih, maka dapat dilakukan persemaian segera.

  1. Persemaian

Persemaian dilakukan setelah menentukan benih yang unggul. Benih unggul tersebut kemudian akan disemai di tapak semaian. Tapak semaian harus disiapkan terlebih dahulu. Keperluan tapak semaian diberikan dalam perbandingan sebesar 1:20. Jika kawasan sawah sebesar 1 hektar maka tapak semaian sekitar 500 m2 .Tanah di dalam tapak semaian juga perlu berair dan berlumpur. Berikan baja urea dan baja TSP di tapak semaian dengan dos 10 gr setiap 1 m2. Jika tanah persemaian sudah siap, sebarkan benih yang telah bercambah dengan merata.

  1. Penanaman

Proses penanaman dilakukan setelah benih pada proses persemaian telah tumbuh daun sempurna sebanyak tiga hingga empat helai. Jangka waktu dari persemaian ke benih siap tanam umumnya sekitar 12 hingga 14 hari saja. Jika sudah siap tanam, pindahkan benih dari tanah semai ke tempat penanam padi. Pemindahan dilakukan dengan hati-hati dan tidak merosak tanaman. Penanaman dilakukan pada sawah yang sudah dibersihkan dan disiapkan. Khusus untuk tanaman padi dalam satu lubang dapat ditanam dua benih sekaligus. Penanaman dilakukan dengan memasukkan bagian akar membentuk huruf L agar akar dapat tumbuh dengan sempurna. Kedalaman benih ditanam pun ditentukan dalam julat 1 cm hingga 15 cm. Masa penanaman padi lebih baik dilakukan sekali dalam setahun berdasarkan masa penanamannya yang ideal.

  1. Penjagaan tanah
Penjagaan dilakukan dengan tiga hal yaitu  merumput, pengairan dan persenyawaan. Merumput dilakukan untuk  menjaga kebersihan tanah dari tanaman pengganggu. Merumput harus dilakukan rutin setiap tempoh masa tertentu. Boleh dilakukan dua minggu sekali atau tiga minggu sekali. Pengairan diberikan sesuai keperluan. Seperti pada tanaman lainnya, pastikan tidak ada kekurangan atau kelebihan air. Selanjutnya untuk persenyawaan, dilakukan pertama kali setelah tanaman padi berusia satu minggu. Jenis baja yang diberikan adalah baja urea dengan dos100 kg per hektar dan baja TPS dengan dos 50 kg per hektar. Persenyawaan selanjutnya dilakukan setelah 25 hari hingga 30 hari setelah penanaman.
  1. Menuai

Tuaian dilakukan dengan tanda-tanda padi yang sudah menguning. Gunakan sabit gerigi untuk menuai dan letakkan hasil tuaian di dalam guni untuk disimpan.

Demikianlah cara menanam padi yang benar secara berurutan. Jika kita melakukan penanaman padi yang baik dan benar, maka hasilnya pun akan memuaskan dan menguntungkan. Untuk itu lakukanlah penanaman padi dengan tepat.