Nama : James Maga Nawat
Umur : 72 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

En James Maga Nawat merupakan seorang pesara dari Kementerian Pelajaran. Walaupun usianya sudah agak lanjut beliau masih mempunyai tubuh badan yang dihat dan masih bertani secara kecil-kecilan dengan menanam sayur di kebun dan menanam nanas Bario untuk kegunaan sendiri dan selebihnya dijual

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatannya di IPEDi Bario, En James Maga tidak mempunyai kemahiran dalam pengetahuan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Dengan adanya kemudahan PEDi beliau dapat mempelajari asas penggunaan komputer dan internet terutama di dalam telefon pintarnya. Beliau sangat gigih mengunjungi PEDi Bario untuk mempelajari dan menggunakan internet. Selepas mengikuti kelas di PEDi Bario beliau sudah boleh menyediakan dokumen seperti surat rasmi serta menggunakan aplikasi media sosial seperti Facebook dan Whatsapp.