LATIHAN ICT, (KDB) KLIK DENGAN BIJAK, PENGGUNAAN INTERNET.

Nama

: Eric Kallang Lorance 

Umur

: 14 tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Eric Kallang Lorance adalah pelajar Tingkatan 3 di SMK Bario. Dia adalah penghuni asrama di sekolah tersebut. Ini memberi peluang kepada beliau untuk belajar menguruskan kehidupannya sendiri tanpa kehadiran ibubapa. Ketika ada kelapangan pada hujung minggu atau pada hari kelepasan awam beliau sering datang ke PEDi Bario untuk mengikuti latihan ICT yang diberi secara percuma di situ.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum beliau mengenali PEDi Bario, pengetahuannya mengenai internet dan komputer adalah terhad dan ini telah menyukarkan dia untuk melakukan kerja-kerja sekolahnya terutamanya dalam melakukan kerja-kerja kursus yang telah diberikan. Beliau juga sukar untuk berhubung dengan saudara-saudara beliau yang berada di luar Bario.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas melibatkan diri dengan PEDi Bario, dia lebih mengenali dunia komputer dan cara-cara penggunaan internet. Lebih-lebih lagi dia turut diberikan taklimat cara-cara penggunaan internet yang betul menerusi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB). Kini beliau sudah mengetahui cara-cara untuk mencari maklumat untuk meneruskan lagi pesekolahannya ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau juga dapat menyediakan kerja-kerja sekolah dengan lebih komprehensif lagi dengan maklumat-maklumat yang beliau perolehi dari sumber internet di PEDi Bario.