LATIHAN ICT, (KDB) KLIK DENGAN BIJAK, PENGGUNAAN INTERNET.

Nama

: Danneil Balan Duncan

Umur

: 11 tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

Danneil Balan Duncan, berumur 11 tahun merupakan seorang pelajar tahun 5 di SK Bario. Dia adalah seorang pelajar harian yang pergi dan balik dari rumah ke sekolah kerana rumahnya terletak berdekatan dengan sekolah dan tiada masalah untuk dia berjalan kaki sahaja. Dia seorang pelajar yang agak berdisiplin dan boleh membahagi masa belajar di sekolah, bermain selepas kelas dan mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja rumah pada waktu malam.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum beliau mengenali PEDi , pengetahuannya mengenai internet dan komputer adalah terhad dan ini telah menyukarkan dia untuk melakukan kerja-kerja sekolahnya terutamanya dalam melakukan kerja-kerja kursus yang telah diberikan. Dia hanya bergantung kepada buku rujukannya sendiri dan ini adalah agak terhad apabila dia berhadapan dengan pelajaran yang dia sukar fahami.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas melibatkan diri dengan PEDi, dia lebih mengenali dunia komputer dan cara-cara penggunaan internet. Lebih-lebih lagi dia turut diberikan taklimat cara-cara penggunaan internet yang betul menerusi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB). Kini beliau sudah mengetahui cara-cara untuk mencari maklumat untuk menyelesaikan permasalahan pelajarannya di internet. Beliau juga dapat menyediakan kerja-kerja sekolah dengan lebih komprehensif lagi dengan maklumat-maklumat yang beliau perolehi dari sumber internet di PEDi Bario.