LATIHAN ICT, (KDB) KLIK DENGAN BIJAK, PENGGUNAAN INTERNET, APLIKASI MEDIA SOSIAL

Nama

: Natasha Supang Jugah

Umur

: 12 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Natasha Supang Jugah adalah seorang pelajar tahun 6 di SK Bario. Dia bercita-cita menjadi seorang guru pada satu masa nanti. Untuk mencapai cita-cita tersebut Natasha perlu berusaha gigih menimba ilmu selagi masih berada di bangku sekolah. Ini termasuklah mempelajari ilmu ICT sebagai satu bidang ilmu tambahan kepada subjek-subjek yang dia pelajari di sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum beliau mengenali PEDi Bario, pengetahuannya mengenai internet dan komputer adalah terhad dan ini telah menyukarkan dia untuk melakukan kerja-kerja sekolahnya terutamanya dalam melakukan kerja-kerja kursus yang telah diberikan oleh guru. Dia hanya bergantung kepada buku rujukannya sendiri dan ini adalah agak terhad apabila dia berhadapan dengan pelajaran yang dia sukar fahami.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas melibatkan diri dengan PEDi Bario, dia lebih mengenali dunia komputer dan cara-cara penggunaan internet. Lebih-lebih lagi dia turut diberikan taklimat cara-cara penggunaan internet yang betul menerusi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB). Kini beliau sudah mengetahui cara-cara untuk mencari maklumat untuk menyelesaikan permasalahan pelajarannya di internet. Beliau juga dapat menyediakan kerja-kerja sekolah dengan lebih komprehensif lagi dengan maklumat-maklumat yang beliau perolehi dari sumber internet di PEDi Bario. Internet juga membolehkan beliau berkomunikasi dengan sepupunya dan rakan-rakan di bandar.