LATIHAN ICT, (KDB) KLIK DENGAN BIJAK, PENGGUNAAN INTERNET.

Nama

: Eric Bryan Affende

Umur

: 12 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Eric Bryan Affende merupakan seorang pelajar tingkatan 1 di SMK Bario. Beliau mempunyai seorang kakak dan mereka hidup bersama ibu bapa mereka yang kedua-dua merupakan petani. Di masa lapangnya, Eric gemar menunggang basikal di sekitar kawasan Bario termasuklah berkunjung ke PI Bario khasnya pada hujung minggu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum kewujudan PEDi Bario, pengetahuan beliau terhadap komputer dan internet amatlah terhad. Banyak kerja-kerja sekolah beliau terpaksa berusaha lebih untuk mendapat maklumat daripada buku teks dan buku-buku bacaan tambahan yang dia boleh perolehi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas menjadi ahli PEDi Bario, beliau tekun belajar menggunakan komputer dan telefon pintar untuk mengakses internet untuk memahami pelajaran sekolah dengan lebih baik menggunakan sumber enjin carian google, Wikipedia, kegemarannya YouTube, serta sumber-sumber lain daripada cadangan google. Beliau juga mempelajari penggunan emel, Facebook, serta aplikasi-aplikasi Ms Word, Excel dan Power Point serta bagaimana untuk Klik Dengan Bijak. Antara perkara utama yang Eric buat di PEDi Bario juga adalah berhubung dengan saudara mara dan rakan-rakan di luar Bario. Melalui latihan-latihan yang diterima beliau dari PEDi Bario, beliau telah dapat menaip dengan lebih baik, berupaya menghasilkan kerja-kerja sekolah dengan lebih berkeyakinan.