LATIHAN ICT, (KDB) KLIK DENGAN BIJAK, PENGGUNAAN INTERNET.

Nama

: Josiah Tilong Juing

Umur

: 14 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Josiah Tilong Juing adalah pelajar tingkatan 2 di SMK Bario. Dia adalah pelajar harian kerana rumahnya terletak dekat dengan kawasan sekolah. Dia tiada masalah untuk berulang-alik ke sekolah dengan menunggang basikal.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum kewujudan PEDi Bario, pengetahuan beliau terhadap komputer dan internet amatlah terhad. Banyak kerja-kerja sekolah beliau terpaksa berusaha lebih untuk mendapat maklumat daripada buku teks dan mana-mana buku bacaan tambahan yang dia boleh perolehi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas menjadi ahli PEDi Bario, beliau tekun belajar menggunakan komputer dan telefon pintar untuk mengakses internet untuk memahami pelajaran sekolah dengan lebih baik menggunakan sumber enjin carian google, Wikipedia, kegemarannya YouTube, serta sumber-sumber lain. Beliau juga mempelajari penggunan emel, Facebook, serta asas aplikasi-aplikasi Ms Word, Excel dan Power Point serta bagaimana untuk Klik Dengan Bijak. Antara perkara utama yang Josiah buat di PEDi Bario juga adalah berhubung dengan saudara mara dan rakan-rakan di luar Bario. Melalui latihan-latihan yang diterima beliau dari Pusat Internet Bario, beliau telah dapat menaip dengan lebih baik, berupaya menghasilkan kerja-kerja sekolah dengan lebih berkeyakinan.

Beliau sering mengambil bahagian dalam acara yang PEDi Bario lakukan dan baru-baru ini mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan membuat video sempena hari kemerdekaan negara. Pembuatan video merupakan satu bidang baru yang beliau belum pernah terokai sebelum ini.