BELAJAR INTERNET, MENAIP, MENCETAK, E-PEMBELAJARAN DAN KLIK DENGAN BIJAK

Nama : Dom Mawan Asai Stoney

Umur  : 13 Tahun

Ahli     : 2017

Latar Belakang

Dom Mawan Asai Stoney merupakan seorang pelajar Tingkatan 1, SMK Bario (13 tahun). Beliau menjadi ahli PI Bario pada tahun 2017. Beliau adalah seorang pelajar yang duduk di asrama SMK Bario dan bila tiada aktiviti di sekolah seperti pada hujung minggu beliau sering datang ke PI Bario untuk mengikuti kelas ICT serta berhubung dengan kakak, abang atau kawan-kawan di bandar menggunakan wifi percuma di PI Bario.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum beliau mengenali PI, pengetahuannya mengenai internet dan komputer adalah terhad dan ini menyukarkan dia melakukan kerja-kerja sekolahnya terutamanya dalam melakukan kerja-kerja kursus yang telah diberikan. Kemudahan komunikasi di pekan yang terpencil ini juga sangat terbatas iaitu pada tahap 2G di lokaliti tertentu sahaja dan kualiti liputan juga kurang baik. Ini sudah tentulah membataskan penggunaan ICT penduduk di sini termasuk pelajar seperti Dom Mawan.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan PI, Dom Mawan lebih mengenali dunia komputer dan cara-cara penggunaan internet. Melalui kursus di Pusat Internet seperti e-pembelajaran dan Klik Dengan Bijak. Pengetahuan baru yang beliau perolehi membolehkan beliau menyiapkan kerja-kerja sekolah dengan lebih mantap dari segi isi kandungan memandangkan sumber dari internet yang begitu luas sekali. Beliau juga dapat berkomunikasi dengan abang, kakak dan saudara-maranya di bandar dengan percuma. 

 

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Daud Iboh
Umur : 71 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

En. Daud Iboh merupakan pesara dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau mempunyai 4 orang anak yang sudah dewasa dan beliau hidup di Kpg Arur Layun bersama isterinya. Beliau penolong ketua kampung dan juga merupakan ketua pelayan gereja di kampung beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum kewujudan Pusat Internet Bario, pengetahuan beliau terhadap komputer dan internet amatlah terhad. Banyak kerja-kerja kampung yang beliau terpaksa lakukan secara manual sahaja. Ini amat menyukarkan beliau menyempurnakan tugasan-tugasan yang beliau perlu selesaikan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli Pusat Internet Bario, beliau tekun belajar menggunakan komputer dan teledon pintar untuk mengguna pakai aplikasi-aplikasi seperti Dashboard Komuniti dan media sosial seperti Facebook dan Whatsapp. Melalui latihan-latihan yang diterima beliau dari Pusat Internet Bario, beliau telah dapat menaip sendiri dan menghasilkan surat-surat rasmi bagi pihak kampung beliau.

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Muda Abeng
Umur : 63 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Sebelum Wujudnya Pusat Internet Bario, Pn Muda Abeng adalah seorang wanita yang sering kali sibuk dengan urusan lain sehingga mengurangkan beliau daripada aktiviti berkaitan ICT. Namun,  semenjak wujudnya Pusat Internet Bario ini beliau sanggup memberi masa apabila ada kursus atau program yang akan dianjurkan oleh petugas Pusat Internet Bario. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, Pn Muda Abeng tidak mempunyai email peribadi, tidak cekap menaip dan tidak mampu untuk mencetak/menggunakan mesin pencetak serta aktiviti yang berkaitan dengan teknologi IT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi email, perisian seperti Microsoft Word dan mencetak dengan menggunakan mesin mencetak di PI. Setelah melalui beberapa latihan,program ICT di PI, Pn. Muda telah dapat mahir menaip dengan cekap. Beliau kemudian mencetak dokumen tersebut tanpa bantuan petugas PI. Beliau juga seorang yang bersemangat ingin belajar lebih latihan tentang  ICT.