LATIHAN ICT, (KDB) KLIK DENGAN BIJAK, PENGGUNAAN INTERNET.

Nama

: Abraham Frazier Kaya

Umur

: 11 tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Abraham Frazier Kaya, berumur 11 tahun merupakan seorang pelajar tahun 5 di SK Bario. Dia adalah seorang pelajar harian di Sekolah Kebangsaan Bario. Dia seorang pelajar berdisiplin dan boleh membahagi masa belajar di sekolah, bermain selepas kelas, mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja rumah pada waktu malam.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum beliau mengenali PEDi Bario, pengetahuannya mengenai internet dan komputer adalah terhad dan ini telah menyukarkan dia untuk melakukan kerja-kerja sekolahnya terutamanya dalam melakukan kerja-kerja kursus yang telah diberikan. Dia hanya bergantung kepada buku rujukannya sendiri dan ini adalah agak terhad apabila dia berhadapan dengan pelajaran yang dia sukar fahami.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas melibatkan diri dengan PEDi Bario, dia lebih mengenali dunia komputer dan cara-cara penggunaan internet. Lebih-lebih lagi dia turut diberikan taklimat cara-cara penggunaan internet yang betul menerusi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB). Kini beliau sudah mengetahui cara-cara untuk mencari maklumat untuk menyelesaikan permasalahan pelajarannya di internet. Beliau juga dapat menyediakan kerja-kerja sekolah dengan lebih komprehensif lagi dengan maklumat-maklumat yang beliau perolehi dari sumber internet di PEDi Bario. Sekarang dia sangat berkeyakinan tinggi dalam pelajarannya dan merupakan antara pelajar terbaik kelasnya.

LATIHAN ICT, (KDB) KLIK DENGAN BIJAK, PENGGUNAAN INTERNET.

Nama

: Danneil Balan Duncan

Umur

: 11 tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

Danneil Balan Duncan, berumur 11 tahun merupakan seorang pelajar tahun 5 di SK Bario. Dia adalah seorang pelajar harian yang pergi dan balik dari rumah ke sekolah kerana rumahnya terletak berdekatan dengan sekolah dan tiada masalah untuk dia berjalan kaki sahaja. Dia seorang pelajar yang agak berdisiplin dan boleh membahagi masa belajar di sekolah, bermain selepas kelas dan mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja rumah pada waktu malam.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum beliau mengenali PEDi , pengetahuannya mengenai internet dan komputer adalah terhad dan ini telah menyukarkan dia untuk melakukan kerja-kerja sekolahnya terutamanya dalam melakukan kerja-kerja kursus yang telah diberikan. Dia hanya bergantung kepada buku rujukannya sendiri dan ini adalah agak terhad apabila dia berhadapan dengan pelajaran yang dia sukar fahami.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas melibatkan diri dengan PEDi, dia lebih mengenali dunia komputer dan cara-cara penggunaan internet. Lebih-lebih lagi dia turut diberikan taklimat cara-cara penggunaan internet yang betul menerusi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB). Kini beliau sudah mengetahui cara-cara untuk mencari maklumat untuk menyelesaikan permasalahan pelajarannya di internet. Beliau juga dapat menyediakan kerja-kerja sekolah dengan lebih komprehensif lagi dengan maklumat-maklumat yang beliau perolehi dari sumber internet di PEDi Bario.

Nama : James Maga Nawat
Umur : 72 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

En James Maga Nawat merupakan seorang pesara dari Kementerian Pelajaran. Walaupun usianya sudah agak lanjut beliau masih mempunyai tubuh badan yang dihat dan masih bertani secara kecil-kecilan dengan menanam sayur di kebun dan menanam nanas Bario untuk kegunaan sendiri dan selebihnya dijual

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatannya di IPEDi Bario, En James Maga tidak mempunyai kemahiran dalam pengetahuan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Dengan adanya kemudahan PEDi beliau dapat mempelajari asas penggunaan komputer dan internet terutama di dalam telefon pintarnya. Beliau sangat gigih mengunjungi PEDi Bario untuk mempelajari dan menggunakan internet. Selepas mengikuti kelas di PEDi Bario beliau sudah boleh menyediakan dokumen seperti surat rasmi serta menggunakan aplikasi media sosial seperti Facebook dan Whatsapp.

LATIHAN ICT, (KDB) KLIK DENGAN BIJAK, PENGGUNAAN INTERNET.

Nama

: Eric Kallang Lorance 

Umur

: 14 tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Eric Kallang Lorance adalah pelajar Tingkatan 3 di SMK Bario. Dia adalah penghuni asrama di sekolah tersebut. Ini memberi peluang kepada beliau untuk belajar menguruskan kehidupannya sendiri tanpa kehadiran ibubapa. Ketika ada kelapangan pada hujung minggu atau pada hari kelepasan awam beliau sering datang ke PEDi Bario untuk mengikuti latihan ICT yang diberi secara percuma di situ.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum beliau mengenali PEDi Bario, pengetahuannya mengenai internet dan komputer adalah terhad dan ini telah menyukarkan dia untuk melakukan kerja-kerja sekolahnya terutamanya dalam melakukan kerja-kerja kursus yang telah diberikan. Beliau juga sukar untuk berhubung dengan saudara-saudara beliau yang berada di luar Bario.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas melibatkan diri dengan PEDi Bario, dia lebih mengenali dunia komputer dan cara-cara penggunaan internet. Lebih-lebih lagi dia turut diberikan taklimat cara-cara penggunaan internet yang betul menerusi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB). Kini beliau sudah mengetahui cara-cara untuk mencari maklumat untuk meneruskan lagi pesekolahannya ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau juga dapat menyediakan kerja-kerja sekolah dengan lebih komprehensif lagi dengan maklumat-maklumat yang beliau perolehi dari sumber internet di PEDi Bario.

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Larry Michael
Umur : 16 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Larry Michael adalah anak ketiga daripada 3 beradik. Ibubapanya tinggal di Kuala Lumpur dan Larry dihantar untuk bersekolah di Bario sejak daripada darjah 1 ladi. Dia tinggal di asrama SMK Bario dan sekarang berada dalam tingkatan 2. Larry suka berhujung minggu di rumah datuknya di kampung Bario Asal dan sering berkunjung ke Pi Bario bersama rakan-rakannya

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Larry menjadi ahli pi sejak ia dilancarkan pada bulan Ogos 2017. Dia amat kurang menggunakan / terlibat dengan ICT kerana ketiadaan kemudahan sebelum itu. Liputan telefon juga tiada menyebabkan dia langsung tidak dapat berhubung dengan ibubapanya. Dia hanya dapat berhubung dengan ibubapanya apabila turun ke Miri.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Larry selalu mengikuti kelas dan aktiviti yang dijalankan di pi. Dia sangat berminat belajat tentang ict kerana terdapat pelbagai ilmu baru yang beliau perolehi . selain itu aktiviti yang dijalankan di PI membolehkan saya berjumpa dan mengadakan aktiviti bersama rakan-rakannya. Suasana PI juga sangat sesuai dan selesa dia dan rakan-rakanya boleh menggunakan perkhidmatan internet percuma. Dengan adanya perkhidmatan internet di Pi Bario beliau juga dapat berhubung dengan ibubapa,kakak dan abangnya di Kuala Lumpur